Polisi bayaran balik
Dikemas kini: 9 November 2026
Kad Jemputla ialah produk digital yang diterbitkan serta-merta selepas pembayaran. Anda boleh mencuba dan melihat preview kad secara percuma sebelum membayar, jadi sila semak kad anda dahulu.
1. Bila bayaran balik diberikan
Anda layak menerima bayaran balik penuh jika:
- anda dicaj lebih daripada sekali untuk kad yang sama;
- pembayaran berjaya tetapi kad tidak diterbitkan dan kami tidak dapat menyelesaikannya dalam masa 3 hari bekerja;
- kad tidak dapat dibuka atau berfungsi kerana masalah teknikal di pihak kami yang tidak dapat dibaiki dalam masa 7 hari.
2. Bila bayaran balik tidak diberikan
- Kad telah diterbitkan dan berfungsi seperti yang dipaparkan dalam preview.
- Berubah fikiran selepas membayar.
- Kesilapan ejaan, tarikh atau lokasi yang dimasukkan oleh anda. Anda boleh edit kad secara percuma sehingga hari majlis.
- Majlis ditangguhkan atau dibatalkan. Untuk penangguhan, edit tarikh pada kad yang sama.
- Kad dinyahaktifkan kerana melanggar terma perkhidmatan.
3. Cara memohon
- Hantar permohonan melalui halaman hubungi kami dalam masa 7 hari selepas pembayaran.
- Sertakan emel pembelian, nombor kad dan penerangan ringkas masalah.
- Kami akan menyemak dan membalas dalam masa 3 hari bekerja.
4. Proses bayaran balik
Bayaran balik yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun bank atau kaedah pembayaran asal dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja. Tempoh sebenar bergantung kepada bank anda. Kad yang dibayar balik akan dinyahaktifkan.
5. Hak pengguna
Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Jemputla dikendalikan oleh ITQAN LAB (No. SSM 202603222074). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.