Terma perkhidmatan

Dikemas kini: 9 November 2026

Dengan menggunakan Jemputla atau membuat pembayaran, anda bersetuju dengan terma di bawah. Sila baca dengan teliti.

1. Perkhidmatan kami

Jemputla ialah perkhidmatan kad kahwin digital. Anda boleh membina kad, berkongsi pautan kepada tetamu, serta menerima RSVP dan ucapan. Kad ialah produk digital dan diterbitkan secara automatik sebaik sahaja pembayaran berjaya.

2. Akaun

  • Anda log masuk menggunakan emel atau akaun Google. Pastikan emel anda betul kerana ia digunakan untuk resit dan akses ke kad.
  • Anda bertanggungjawab ke atas semua aktiviti di bawah akaun anda.

3. Harga dan pembayaran

  • Harga dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan merupakan bayaran sekali untuk setiap kad. Tiada langganan atau caj tersembunyi.
  • Pembayaran diproses oleh CHIP melalui FPX dan kaedah lain yang disokong. Kami tidak menyimpan maklumat perbankan atau kad anda.
  • Kami boleh mengubah harga pada bila-bila masa. Perubahan tidak menjejaskan kad yang telah dibayar.

4. Tempoh kad aktif

Kad kekal aktif sehingga 30 hari selepas tarikh majlis supaya tetamu masih boleh menghantar ucapan. Selepas itu, kami boleh menyahaktifkan kad dan memadam kandungannya. Muat turun senarai RSVP dan ucapan anda sebelum tempoh ini tamat.

5. Kandungan anda

  • Anda kekal sebagai pemilik nama, teks dan gambar yang dimuat naik. Anda memberi kami kebenaran untuk menyimpan dan memaparkannya semata-mata bagi menyediakan kad anda.
  • Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak untuk menggunakan semua kandungan yang dimuat naik, termasuk gambar orang lain.
  • Anda bertanggungjawab menyemak ejaan, tarikh, masa dan lokasi sebelum berkongsi kad. Kad boleh di-edit sehingga hari majlis.

6. Penggunaan yang dilarang

Anda tidak boleh menggunakan Jemputla untuk:

  • kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia, lucah, berunsur kebencian atau memfitnah;
  • penipuan, spam atau menyamar sebagai orang lain;
  • kandungan yang melanggar hak cipta atau privasi pihak lain.

Kami berhak menyahaktifkan kad yang melanggar terma ini tanpa bayaran balik.

7. Hak milik reka bentuk

Reka bentuk, corak, kod dan jenama Jemputla adalah milik kami. Anda boleh menggunakannya untuk kad anda sendiri, tetapi tidak boleh menyalin atau menjualnya semula.

8. Bayaran balik

Bayaran balik tertakluk kepada polisi bayaran balik kami.

9. Had liabiliti

  • Kami berusaha memastikan Jemputla sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin perkhidmatan bebas gangguan atau ralat.
  • Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, termasuk akibat maklumat yang salah dimasukkan, tetamu yang tidak hadir, atau majlis yang ditangguhkan atau dibatalkan.
  • Setakat yang dibenarkan undang-undang, jumlah liabiliti kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk kad berkenaan.

10. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman ini.

11. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Jemputla dikendalikan oleh ITQAN LAB (No. SSM 202603222074). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.